Perjalanan IUI Pertama SueNalda… Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ni tetiba Mr Hubby bagi idea untuk saya share pengalaman proses IUI yang sedang kami buat di blog kami. Sorry sebab lari sikit dari niat nak buka blog ni iaitu untuk share berkaitan dengan travel kami… hehehe.. Tapi memandangkan cerita ini juga boleh jadi rujukan bagi yang senasib so saya gagahkan diri untuk mengingat kembali proses-proses yang telah kami lalu. Maaf lah yer kalau ada step yang tertinggal sebab proses yang kami lalui ni dah bermula sejak bulan November 2016.

Saya berkahwin dengan Mr. Hubby pada bulan September 2015. Setahun selepas usia perkahwinan kami masih lagi tiada menampakkan hasil yang saya ni mengandung. Dalam hati dah risau sangat. Adik beradik semua dah ada zuriat masing-masing. Side Mr. Hubby pon semua ada anak. Ramai dah bertanya “Dah ada apa-apa dah ke?”. Sampai letih juga nak cakap BELUM ADA REZEKI ūüė£ūüė∑. Berurut, berbekam, bercaragem, makan ubat dan macam2 yang orang sarankan saya cuba walau kekadang tu Mr. Hubby tak setuju especially part berurut untuk menaikkan peranakan. Ada jugak yang kata awal lagi dan tak perlu risau… tapi mereka tak faham, usia saya dah nak menghampiri angka 4 tu yang buat saya sgt risau. Biasa la kahwin lewat dan kita perempuan ni sampai masa dah x productive lagi… Saya sangat berharap dalam perkahwinan saya dan Hubby akan ada suri hati kami.

Dipendekkan cerita saya nekad buat pemeriksaan. Lepas buat beberapa research, saya telefon Klinik Hamid Arshad… Mak aii… nak kena tunggu lama sebab ramai yang ke situ. Kalau saya nak juga 3 bulan lepas tu baru boleh nak mula. Biasa la klinik dah terkenal dan mereka yang senasib dengan saya ni ramai rupanya. So my 2nd alternative saya terus call Klinik Sub-Fetiliti di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut. Pilih yang tak berapa jauh dengan pejabat. So saya call dan mula buat appointment. Than maklum pada suami minta sangat dia dapat luangkan masa. Alhamdulillah Mr. Hubby sangat supportive dan ikut saya ke LPPKN buat pemeriksaan.

Lawatan pertama kami ke Klinik Sub-Fertiliti, LPPKN

Di LPPKN ni kita tak boleh pakai redah jer. Kena call dulu buat appointment. So, hari yang ditetapkan tiba. Awal-awal lagi saya dan Mr. Hubby dah sampai di LPPKN Jalan Raja Laut. Sampai jer terus ke kaunter di tingkat 6 dan diminta serahkan Sijil Kahwin dan kad pengenalan. Ni penting bagi pastikan pasangan yang membuat pemeriksaan adalah pasangan yang sah taraf perkahwinannya dan usia perkahwinan dah satu tahun atau lebih. Selepas serahkan semua dokumen, merekodkan berat dan tinggi, kami diminta untuk menunggu di ruang menunggu sehingga petugas di situ panggil kami untuk ditemuduga sementara Mr. Hubby kena bagi sample air maninya di Tingkat 7. Bagaimana keadaan di bilik khas utk keluarkan air mani tu saya pon tak tahu. Tapi Mr. Hubby kata ada katil, sofa, tv dan tandas. Bilik yang agak basic katanya. Setelah husband selesai mengeluarkan air mani Mr. Hubby turun semula ke tingkat 6 dan menunggu untuk ditemuduga. Kami ditemuduga secara berasingan. Soalan2 yang diajukan adalah berkaitan sejarah kitaran period, penyakit yang dihidapi, sejarah sexual life dan macam-macam jugak la.. husband juga turut ditemuduga. Apa yang kita cakap nurse catitkan dalam fail kita. Bila berdaftar ada dibukakan fail untuk kita. Peringkat awal ni hanya nurse jer yang berurusan dengan kita. Kita hanya jumpa Dr. setelah semua keputusan yang dikehendaki diperolehi dari kita.

Selesai kedua-dua kami ditemuduga, Saya dan Mr. Hubby dipanggil untuk dimaklumkan keputusan air mani suami. Kami diberitahu bahawa Mr Hubby mengalami kondisi “Teratozoospermia”. Ianya berlaku apabila sperma yang mempunyai rupa atau saiz yang tidak normal mempunyai jumlah yang lebih banyak daripada sperma yang normal. Ini juga menjadi faktor menganggu pergerakan lancar bagi sperma normal.

Alhamdulillah walaupun dikatakan ada masalah “Teratozoospermia” tapi benih suami masih ada lagi yang elok dan jumlahnya masih boleh untuk menyebabkan kehamilan…

Memandangkan pada masa saya ke LPPKN tu saya tak period so kami diminta datang semula untuk mengambil darah pada hari ke-2 hingga ke-5 period dan pada hari ke 10/11 period tu kena buat HSG dengan hospital swasta sebab LPPKN tak buat. Masalah LPPKN ni hujung minggu tak buka. Jadi andai kata ada cuti panjang bersambung dengan hujung minggu ada masalah sikit dan ada kalanya terpaksa tunggu circle berikutnya.

Kos pertama kali ni murah jer… tak sampai RM50.

Bila tiba masa period circle seterusnya pada hari pertama period lagi saya terus membuat appointment untuk mengambil darah saya dan Mr. Hubby. Proses ni sekejap jer dan lepas ambil darah terus balik sebab keputusan tak di perolehi pada hari yang sama.

Bagi pasangan yang menginginkan anak seperti kami boleh jer membuat proses pemeriksaan dengan pihak LPPKN ni setelah genap satu tahun usia perkahwinan. Buat cepat sebab proses yang nak dilalui agak banyak dan panjang. Bagi yang mempunyai circle period yang panjang lagilah lama masa yang perlu dilalui.  Macam saya circle period panjang sikit iaitu 32 ke 35 hari. Kebiasaan wanita normal 28 hari jer.

Lawatan ke Hospital Tawakal untuk pemeriksaan HSG.

Step seterusnyer adalah proses X-Ray (HSG). Untuk proses ni saya membuatnya di Hospital Tawakal Jalan Pahang seperti yang disarankan oleh pihak LPPKN sebab yang menjalankan pemeriksaan tu Dr. wanita. So x la malu sangat. Malas nak buat research saya terus jer ke situ.¬† Ada juga yang buat kat hospital lain. HSG adalah singkatan untuk perkataan “Hysterosalpingogram”. Tujuannya adalah untuk mengesan samada tiub fallopio kita sumbat atau tidak. Keputusan diperolehi pada hari yang sama HSG dilaksanakan. Alhamdulillah keputusannya kedua-dua tiub saya tak ada yang tersumbat, tiada apa-apa ketumbuhan cuma ada sedikit lekatan (adhesion). Hati sedih tapi doktor kata lekatan tu tak ada effect untuk kita yang nak mengandung. So lega lah hati.

Macam-macam Pengalaman mereka yang menjalani HSG ni saya dengar melalui pembacaan dan pengalaman mereka yang ada masalah seperti saya. Ada yang kata sakit dan ada yang kata tak sakit. Jadi semua tu adalah terpulang atas keadaan masing-masing individu. Seperkara lagi masa buat HSH ni jangan lupa bawa pantie liner sebab selepas prosedur tu ada cecair lebihan keluar lagi walaupun dah diminta berehat seketika dan ada juga sedikit darah yang akan keluar.

Kos HSG di Tawakal ni tak sampai RM300. Dua ratus lebih jer. Exact amount saya dah lupa…

Keputusan Pemeriksaan Kesuburan di LPPKN

Seterusnya pada hari ke-21 period sekali lagi saya ke LPPKN untuk mengambil darah. Masa ni kena bawa sekali keputusan HSG. Surat Doktor dan bukannya film X-Ray tu yer. Kali ni saya pergi sorang-sorang sebab hubby kerja swasta, so susah la dia nak cuti. Bagi saya yang penting Mr. Hubby boleh datang masa diperlukan saya dah bersyukur.  Kali ni keputusan pun tak dapat hari yang sama. Saya diminta datang bersama Mr. Hubby seminggu lepas tu untuk tahu keputusan dan mendengar cadangan dari Dr.

So, pada hari yang ditetapkan iaitu 17.01.17 saya dan suami pun ke LPPKN semula. Hati berdebar-debar nak dengar keputusan atas diri dan Mr. Hubby. Saya diminta jumpa dengan Dr. Abd Ghaffar. Baik doktornya dan penerangannya sangat clear. Beliau adalah Dr. yang akan memantau perjalanan pemeriksaan saya di LPPKN.

So keputusannya Dr. Ghaffar kata benih husband masih ada, itu yang penting dan suami x ada penyakit kelamin dan sebagainya. Part saya pula semuanya ok. Ditunjukkan keputusan X-ray yang ok dan tak ada saluran yang tersumbat . Tapi yang menyedihkan part ahir sekali. Dr. Kata telur saya masih ada, tapi didapati dari ujian darah sebelum ni period yang saya lalui tiada telur dilepaskan. Hanya keluar darah period tanpa telur. Itu lah puncanya saya tak mengandung. Sedih hati Tuhan jer tau. Rupanya selama ni saya sakit period tu dan telur saya tak lepas dari tangkainya.

So, Dr. Cadangkan saya buat IUI. Period pertama jer nanti kena call semula LPPKN untuk buat temujanji. Tapi period seterusnya saya tak call LPPKN sebab saya kena ke Italy atas urusan rasmi dan period pada bulan March 2017 pun saya terlepas sebab ada vacation dengan Mr. Hubby ke Ho Chi Minh City. Sebenarnya hubby kata cuba normal dulu 2 bulan sebab ada terbaca yang selepas HSG ada ramai juga pasangan mengandung. Tapi nampak gayanya kedua-dua circle hasil untuk saya adalah negative juga.ūüôĀūüôĀūüėĘ

Cerita seterusnya mengenai proses IUI yang saya jalani rujuk pada next Entry saya iaitu Perjalanan IUI Pertama SueNalda… Part 2

Day 3 ‚Äď Lawatan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Sedar tak sedar dah masuk hari ketiga berada di HCMC. Cepat jer masa berlalu. Hari ni pengembaraan kami di HCMC di teruskan menyelusuri sungai Mekong menggunakan khidmat Bismillah Tour and Travel dengan bayaran RM64 jer seorang. Boleh bayar guna RM yer. Kami ambil package ” Mekong Delta Discovery One Day Trip”.

Pakage ni menyediakan tour pakej berikut: Pengangkutan dengan bas aircond, makan tengahari di restoran halal, persembahan lagu tradisional Vietnam dan lagu-lagu klasik melayu, hidangan buah-buahan, honey tea dan sampling Royal Jelly, cruise boat Sungai Mekong + welcome drink air kelapa, bersampan di anak sungai, menaiki kereta kuda, singgah di kedai wholesale pakaian dan cenderamata, lawatan di Kilang tudung Nelofar, Bokitta, kain, jubah, telekung dan banyak lagi yang terletak di China Town. Oh ya, termasuk apa-apa bayaran masuk dan juga English/Malay speaking guide. Memang banyak dan berbaloikan package ni?

Perjalanan dijanjikan berlepas jam 8.00 am pulak berlepas pada jam 8.40 am. Bas yang disediakan siap dengan free Wi-Fi lagi. Perjalanan adalah dari Sai Gon – My Tho – Ben Tre : dengan jarak 70 KM menggunakan bas dan boat.

Pergerakan ke Mekong River ni mengambil masa 1 jam. Sebelum sampai kami dibawa singgah di kedai membeli souvenir. Harga barang di sini ada yang sangat murah dan ada yang tidak. T. Shirt souvenir Vietnam tu RM7 jer dan baju sukan U.A. kalau beli borong 10 helai boleh dapat RM15 sehelai. Selain itu ada dijual beg berjenama, kain dan macam-macam lagi.

Tiba di Mekong River tu kami menaiki boat dan disajikan dengan air kelapa. Kelapa dia sangat kecil tapi air di dalamnya agak banyak. Sungai ni sangat luas dan agak bergelombang (katanya sedalam 12 meter). Boat pula tidak menyediakan life jaket yang mencukupi. So dari segi keselamatan memang out. Tapi kami tawakal jer, dengan harapan semuanya akan selamat.

Di dalam boat tu nampak la perkampungan terapung para nelayan tempatan, beberapa buah pulau, di antaranya Unicorn Island, dan Ben Tre Village. Destinasi pertama kami adalah di “coconut candy workshop”. Di sini ditunjukkan cara pembuatan gula-gula¬†kelapa pelbagai rasa. Rasanya lemak dan sangat sedap. Kami sudah pasti sukakan perisa durian. Harga pula 1 pack RM6. Beli 5 dapat la percuma 1 bungkus. Lain-lain snack harganya agak mahal. Rasanya di Malaysia kita boleh dapat jauh lebih murah.

Seterusnya kami menaiki kereta kuda. Satu kereta tu boleh bawa 6 orang penumpang. Kudanya pula jenis yang bertubuh kecil. Rasa kesian pulak melihat kuda tu nak bawa 6 orang penumpang. Tak naik agak jauh jugak nak ke pasar tempatan tu. Turun dari kereta kuda tu nak ambil gambar baru ternampak ada luka akibat tali ikat di perut kuda tu. Bertambah rasa kesian dan terus tak jadi ambil gambar.

Di pasar kecil ni ada masalah bahasa sebab mereka langsung tak faham English or Bahasa Melayu. So harap degan pemandu pelancong jer. Tapi tak ada apa pun yang menarik di sini kecuali buah-buahan yang agak fresh dan besar.

Di jeti berhampiran boat dah sedia menunggu untuk membawa kami ke “Bee Farm”. Di sini kami disajikan dengan air madu kelulut bersama biji bunga mata kucing dan royal jelly. Madu di sini sangat murah. Harga sebotol (500 ml) RM20. Beli 5 boleh dapat sebotol free. Madunya memang asli. So kami ambil 6 botol. Kesian Mr Hubby kena bawa 3 liter madu tu. Royal jelly pulak RM40 tapi kami tak beli. Dah balik rasa menyesal tak beli. Sebab dah cuba letak kat tangan yang digigit serangga memang nampak kesannya selepas 1 jam. Pas tu siapa nak bergambar dengan ular sawa batik boleh la bergambar. Saya¬†memang tidak la, tapi Mr Hubby adalah jugak pegang-pegang ular tu.ūüė£ūüė£ūüė£

Sebelum beredar, kami singgah di kedai cenderamata berdekatan dan membeli buai hammock untuk dibawa balik ke kampung di Kuching nanti. Harganya murah ada jenis net atau jenis kain (RM10-20). Aktiviti selanjutnya adalah bersampan menyelusuri anak sungai di celah pokok-pokok nipah. Bayaran Tip untuk seorang RM1 jer kepada tukang kayuh perahu. Tapi kami tak naik sampan tu sebab hari terlampau panas di samping kami membawa barang-barang belian yang agak berat.  Perahu yang disediakan pula tidak disediakan dengan pelampung keselamatan. Kat Sarawak dan pantai lain dah pernah naik sampan so tak ada yang menarik sangat buat kami.

Hanya kami yang menaiki boat ke destinasi seterusnya bersama pemandu pelancong menuju ke tempat makan buah-buahan tempatan sambil menunggu mereka yang naik sampan tadi sampai. Bila semua dah ada kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan dan dipersembahkan dengan nyanyian tempatan dan lagu-lagu klasik Malaysia. Antaranya lagu Saya Anak Kampung, Rasa Sayang, Madu dan Racun, dll.. sedap jugak nyanyian dengan pelat Vietnamnya. Semasa menyanyi tu setiap meja diletakkan bakul untuk memberi tip seikhlas hati kepada para penyanyi. Di luar ada lagi kedai-kedai souvenirs. Harga pun ok lah. Tapi kami tak beli apa-apa pun di sini sebab semua dah naik boat.

Perut dah mula lapar dan kami dibawa menikmati makan tengah hari di halal Restaurant di pulau Unicorn. Hidangan agak menarik. Ada ikan kari, udang goreng, sup ayam, sayur dan telur dadar. Siapa nak pekena kopi kena tambah bayar VND 25K / RM5. Di restaurant makan ni pokok dia sangat menarik. Macam gerbang dan dibuat dengan pokok asli. Di sini selesai makan boleh terus solat. Ada tempat solat disediakan.

IMG_2137

Selesai makan tengah hari kami pun menaiki boat semula untuk balik ke bas yang dah sedia menunggu. Dalam perjalanan balik tu kami dibawa singgah ke wholesale tudung selebriti terkenal Msia. Fikirkan Kilang betul, rupanya tempat gudang wholesale menjual pelbagai pakaian, kain dan tudung. Di sini harga barang memang murah dari di HCMC. Telekung lycra boleh dapat 5 pasang RM95. Tudung artis tu harga depend dengan pattern. Tapi harga di bawah RM20 sehelai kalau beli 5. Pelbagai kain cotton berharga RM28-30. Di sini saja kami menghabiskan masa 1 jam. 20 minit yang diberi tak mencukupi. Nasib la pemandu sabar menunggu. Mungkin dia dah biasa dengan gelagat orang Malaysia bershopping apa lagi jika group yang besar. Kat sini, makin bertambahlah lagi beban beg yang Mr Hubby kena angkut.

Sebenarnya kalau nak shopping pakaian, di sini dah mencukupi. Semua ada. Cuma tak tersusun seperti di Minh Collection.

This slideshow requires JavaScript.

Kami sampai di HCMC semula pada jam 6.30 petang. Hujan mulai turun dan semakin lebat menyebabkan kami singgah di kedai manicure & padicure. Mr . Hubby lak buat massage kaki. Sangat lambat service perempuan yang buat mani-padi saya tu dan mereka tak expert. Sampai luka la jari dibuatnya. Dah luka pun kena bayar full amount.ūüė•ūüė•ūüė•

Sebelum balik kami singgah lagi di Minh Collection utk beli jubah dan tambah collection baju saya. Sempat juga beli baju kurung untuk Aleeya Nabila. Hope muat lah.

Sebelum balik di hotel kami makan lagi di Halal Amin Restaurant. Survey dari penumpang yang sama ke Mekong River pun bagi tau memang makanan di Halal Amin ni sedap dari kedai2 lain dan harga pon murah sedikit. Kat sini kami suka Nasi goreng Kampung dan Nasi Ayamnya. Sup dia pun memang sedap.

Selesai makan, suami membeli fridge magnet dan bag galas sebagai cenderahati di Night Market Ben Thanh dan Malaysia Street sebelum kami balik ke hotel menaiki teksi Vinasun. Tambang hanya VND 30K (RM6).

Sampai di hotel, mandi siap2 dan punggah keluar semua barang yang dibeli dan disusun di atas katil sebelum dilipat masuk ke dalam bag. Tuuu dia penuh satu katil. Nasib lah memang bawa satu bag kosong sebab memang intention nak shopping raya.

20170403_212253

Selesai packing masih ada lagi Dong yang berlebih untuk bayaran teksi dan membeli di airport. Sebenarnya kalau bayar guna VND lagi jimat. Kat sini tukaran mereka bahagikan dengan RM1 = VND 5K sedangkan exchange rate masa kami pergi tu adalah RM1 = VND 5102. So kalau beli banyak dapat lah juga save. SNB

Bersambung ke Hari Keempat di entry seterusnya.

Tips HCMC No 5:
Kalau nak jimat masa dan juga mendapat nilai untuk bershopping, jadikan Mekong River dan HCMC city tour sebagai aktiviti ‘full day’ anda apabila sampai ke HCMC. Ini adalah kerana¬†semasa¬†tour kita berpeluang melawat dua kedai¬†wholesale yang harganya sangat berpatutan dan banyak pilihan¬†plak tu.

Tips HCMC No 6:
Jika anda datang ke HCMC dan berhasrat untuk membeli bag pack yang berjenama North Face, Deuter (realcopy) dan lain-lain. Harganya amat murah mengikut kepada saiz dan kualiti). Kalau bershopping boleh jer terus simpan barang-barang yang dibeli ke dalam beg baru tu.

Day 2 – Lawatan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Alhamdulillah pada hari ke dua ni cuaca baik. Seawal jam 7:30 pagi kami pergi bersarapan di restoran yang terletak di tingkat sembilan hotel.

Selepas breakfast buah-buahan, telur separuh masak dan wholemeal bread kami terus ke Malaysia Street dengan menaiki teksi Vinasun. Tambang VND34k jer. Sampai di Malaysia Street ni memang banyak kedai makanan Halal dan di kawasan ini memang di sana sini boleh jumpa orang Malaysia.

WhatsApp Image 2017-04-06 at 22.54.03

Terdapat beberapa buah Travel Agency di sini yang menawarkan Muslim tour package dengan harga yang sangat berpatutan. Kat Malaysia memang tak jumpa package semurah tu. Kami merancang melawat ke Mekong River dengan Bismillah Travel & Tour pada keesokkan harinya. Pergerakan dijangka berlepas pada 8 pagi dan patah balik pada jam 5 petang. Harga cuma RM64 seorang. Package ni termasuk transport, tempat2 tarikan dan aktiviti menarik serta lunch sekali. Kat Hotel pakage yang sama dalam RM200 ke atas seorang. So sesiapa yang last minute macam kami memang sesuai sangat ambil package ni.

Selesai beli package utk hari ketiga kami terus ke Ben Thanh Market untuk cari selipar memandangkan kasut dah basah. Harga tak la murah mana. Sandal yang biasa jer (cap brand copy) dah RM40/- atau mungkin kami tak jumpa tempat yang murah.

Kat Ben Thanh Market tu ada bermacam2 barangan imitation, makanan ringan, buah-buahan, kopi Vietnam dan lain-lain, tapi¬†peniaganya sangat agresif, memaksa dan kasar. Ini yang membuat hati berasa hilang mood untuk bershopping. Sekadar tengok jer. Tapi gubahan bunga kat sini sangat awesome… cantik, segar, besar dan sangatlah murah. Rasa nak beli, tapi nak angkut bawa balik macamner?

This slideshow requires JavaScript.


Selesai di sana kami lunch di Malaysia Street. Di sini kami try Restaurant Kampung Melayu (milik Dato’ Helmy Jaafar¬†dari Malaysia). Order air dan makanan. Rupanya dapur rosak mereka tak bagi tahu dan terus hidang air. Bila tanya baru bagi tahu dapur rosak. So kami habiskan minuman. Harga air di kedai ni VND39k untuk kopi susu tarik dan VND35k untuk Milo Dinasour.

20170402_093002

Memandangkan perut dah lapar kami bertukar ke kedai sebelah Halal Amin Restaurant. Kedai ni murah sikit. Air rata-rata VND20k termasuklah fresh coconut. Hubby order Nasi Ayam dan saya order Kuey Teow Goreng. Dari segi rasa nasi ayam dia dengan sup dan sos cili memang sedap, harga VND50k dan Kuey Teow yang tak sedap pula VND60k.

Selesai lunch kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe. Sambil tu lalu la di beberapa tempat yang nampak menarik dengan senibina tradisional Eropah juga yang moden. Kat situ ada beberapa Shopping Mall dan Parkson.


Disebabkan bateri handphone hubby dah nak kong (asyik ambik foto dan pakai Waze) kami singgah minum di Highlands Coffee utk charge bateri. Without waze susah nak jalan. Lepas minum dalam 45 min kami teruskan perjalanan di Hard Rock Cafe dan beli sehelai T. Shirt buat kenangan.

Seterusnya kami berjalan di tempat-tempat tarikan sekitar General Post Office dan balik ke hotel untuk berehat. Balik tu kami menaiki teksi Vinasun. Rupanya hotel kami menginap dekat jer dari tempat-tempat ni.

Lepas berehat di hotel lebih kurang satu jam kami keluar semula dengan misi nak cari tempat shopping baju raya. Kali ni kami jalan kaki jer dari hotel.

Cari punya cari kami jumpa satu kedai ni nama NIMH Collection. Terletak di luar Ben Thanh Market. Banyak pilihan baju kat sini dan harga nya setengah dari harga di Malaysia. Baju kurung cotton yang ada manik tu saya beli di Malaysia harga RM120 kat sini boleh dapat RM50 jer. So malas nak mencari kami membeli di sini jer. Tambahan pula sudah lewat. Cumanya kedai ni bila minta diskaun just bagi RM3 jer diskaun dia. Memang tak mo bagi lebih dari tu.

Cuba juga tengok kedai Rohani Collection tapi jurujual dia bila minta diskaun bagitau tak boleh tawar dengan kasar. So memang tidak la nak beli kat situ.

Malam tu beli barang hampir 7 kg. Nasib hubby ada utk bawakanūüėÜūüėÜūüėć.

So hari kedua sekitar di HCMC jer dan misi shopping raya tu tercapai lah… ada la 5 pasang baju beli untuk diri sendiri selain sepasang baju melayu untuk suami (hehehe) dan keluarga. SNB

Bersambung ke Hari Ketiga di entry seterusnya.

Tips HCMC No 2:
Bila naik teksi jangan duduk di hadapan dan elakkan mengeluarkan wallet di depan pemandu. Letakkan wang kecil di dalam poket seluar dan jangan keluarkan note besar.

Tips HCMC No 3:
Jangan beli air minuman yang tiada harga di tepi jalan… lagi mahal dari restaurant Halal Al Amin. Satu lagi depa yang jual barang2 kat kaki lima tak letak harga. Harga dia berubah-ubah. Ikut suka dia nak letak.

Tips HCMC No 4:
Kalau tetiba ada penjual yang nak hulurkan bantuan tu jangan la terima… pastu terus jer kena paksa beli barangan dia. Kalau ada yg jual kacang bagi rasa…. tak perlu la rasa kalau tak ada niat nak beli. Nanti dia kejar paksa kita beli. So apa2 pun hati-hati la. Dalam banyak tempat kami dah pergi HCMC ni rasa mcm tak selamat jer dari penipuan.

Lawatan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam – Day 1.

Kami mulakan dengan perkongsian pengalaman kami melawat ke Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam.

Kami ke sana pada 1 April 2017 (Sabtu) menaiki penerbangan Airasia. Booking dibuat melalui AirasiaGo seawal 2 bulan sebelum tarikh pelepasan. So, kami dah tempah awal-awal hotel. Sangat berbaloi untuk 2 orang kami hanya bayar RM1,200 bagi tiket penerbangan pergi-balik dan penginapan 4 hari 3 malam. Waahh.. memang sangat menjimatkan bila membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan melalui AirasiaGo. Ehh…¬†mcm promote AirasiaGo lak. Hehehe. (TONY please take note!)

WhatsApp Image 2017-04-06 at 22.26.53

Ini merupakan kunjungan pertama kami ke HCMC. Maklumat mengenai HCMC hanya didapati melalui pembacaan di blog-blog dan info dari kengkawan. Rasa risau pun ada sebab rata-rata menyatakan tentang kekasaran peniaga di HCMC dan penipuan yang berlaku. Dalam hati mendoakan agar percutian kami dipermudahkan dan dijauhi dari segala yang tidak diingini.

WhatsApp Image 2017-04-06 at 21.54.43.jpeg

Sebaik sahaja tiba di Tan Son Nhat International Airport, kami terus membeli Data Sim Card Viettel (VND200,000) dan tiket airport taxi untuk ke hotel (VND190,000).

Berbalik semula pada percutian kami di HCMC, Pada hari pertama, sampai di airport je perkara pertama yang dicari adalah nak beli local Simcard + data. Tinjau punya tinjau rata-rata harga yang ditawarkan sama jer VND200k iaitu lebih kurang RM40 bagi 4G LTE data. Rupanya kalau beli di Malaysian Street boleh dapat dengan harga VND160K!

Selepas membeli data kami mengambil teksi dari airport dengan harga VND190k. Nak cari teksi Vinasun masih tak tahu lokasinya dimana. Jadi malas nak heret bag tu kami terus jer booking teksi airport untuk ke Aristo Hotel. Perjalanan lebih kurang 20 minit.

WhatsApp Image 2017-04-06 at 22.01.43

Sifir RM ke VND untuk rujukan semasa berbelanja (Apr 2017)

Sebaik sampai di hotel perlu charge bateri HP dulu. Then plan nak jalan kaki jer ke Ben Thanh market sambil nak cari Muslim ground tour package utk hari berikutnya. Malangnya hari hujan selebat-lebatnya menyebabkan kami basah dan end up nya kami terus berteduh di Coffee Factory sambil merasa kopi Vietnam yang dikatakan sangat sedap. Tapi saya sendiri order Chocolate ice blended jer sebab saya bukanya penggemar kopi. Memandangkan hujan tidak juga berhenti kami teruskan perjalanan ke Saigon Square. Sampai di sana nothing special. Sebab kasut dah basah singgah di kedai Croc. Baru perasan barangan import berjenama di HCMC ni memang mahal berbanding harga di Malaysia. So kami tak membeli apa- apa pun. Hari pertama masih tak nampak apa yang menarik di HCMC ni. Cakap kat hubby mcm tak nak datang lagi.

Jarak hotel kami ke Ben Thanh market yang menjadi tumpuan para pelancong sekitar 2 km jer. Tapi nak jalan kaki berpeluhlah jugak dibuatnya. So hari pertama kami lebih kepada relax di hotel jer malam tu.

Kat hotel lak kalau tak nak di ganggu siap2 letak kan tanda “Do Not Disturb” tu di luar pintu. Kalau tak selagi tak di buka pintu memang bertalu-talu lah pekerja dia ketuk pintu dan bunyikan doorbell. Yang hairannya just nak hantar 1 tin air Sprite yg kami pun tak ada buat pesananūüėďūüėďūüėď.

Sampai di hotel malam tu kami buat lagi research apa nak buat untuk hari seterusnya. So kami memutuskan untuk hari ke-2 tu kami jalan-jalan di bandar HCMC jer sambil shopping apa yang patut dan cari ground tour package. Package yg ditawarkan di hotel kami menginap tu pulak tak ada yang halal so kena cari juga package halal.

Bersambung ke Hari Kedua di entry yang seterusnya.

Tips HCMC No 1:
Kalau nak mudah pergerakan tempahlah hotel di sekitar Ben Thanh Market tu. So nak ke mana-mana tak perlu nak naik teksi. Komunikasi memang menjadi masalah dengan pemandu teksi ni. Siap-siap simpan name card hotel untuk tunjuk pada pemandu bagi senang nak balik semula ke hotel.

Coretan pertama kami ~ Our first entry

Ini merupakan entry pertama saya dan suami melalui SueNalda Blog.

Blog ni diilhamkan oleh Mr. Hubby untuk kami abadikan kenangan pengembaraan bersama kami di samping menyertakan tip-tip kepada rakan2 atau pembaca untuk dijadikan sebagai rujukan dimasa hadapan berpandukan kepada pengalaman yang kami lalui sendiri.

Di masa akan datang kami akan menambahkan topik-topik menarik yang lain, tetapi buat masa sekarang fokus kami merupakan perkongsian pengembaraan kami. SNB

WhatsApp Image 2017-04-06 at 20.53.50

Taken during our trip to Lembah Arau, Bukit Tinggi in Sumatera in August 2016.

This is the first entry entered by both us husband and wife through the SueNalda Blog.

Having triggered the idea to jointly create this blog as a record of our travels and holiday trips together, readers and friends can also refer to travel tips based on our observation and travelling experience.

We may add in other topics of interest, however for the time being, we are focusing on travelling and holiday experience. SNB