Perjalanan IUI Pertama SueNalda… Part 2

Untuk membaca Part 1, sila klik Perjalanan IUI Pertama SueNalda… Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….

Entry yang lepas saya ceritakan sehingga keputusan pemeriksaan ke atas saya dan Mr. Hubby, di mana Dr. sarankan saya untuk menjalani proses Intrauterine Insemination (IUI).

Apa itu IUI?
IUI ni adalah satu proses membantu meningkatkan peluang kehamilan di mana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dan sperma yang kurang aktif.  Sperma yang aktif ini akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi di mana telur akan dibebaskan tidak lama lagi.  Peluang persenyawaan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini.

Bagaimana IUI dibuat untuk wanita ada 2 kaedah:-

  1. Penggunaan ubat kesuburan; dan
  2. Tanpa menggunakan ubat kesuburan (bagi yang wanita yang tiada masalah.

Dalam keadaan saya, kaedah penggunaan ubat kesuburan perlu saya lakukan.

Dimulakan kisah IUI saya apabila period pertama saya bermula pada 26 April 2017 (Rabu) – CD-1 dan saya terus buat panggilan ke LPPKN untuk tetapkan appointment untuk memulakan proses IUI. Proses IUI ni kena bermula dari period yang ke-2 hingga ke-5. So kalau terlepas lagi kena tunggu selepas bulan puasa sebab pada bulan puasa untuk muslim tak dijalankan proses IUI ni. Biasa la nanti puasa Mr. Hubby batal pula. Mulanya appointment untuk saya tidak dapat dibuat kerana semua dah penuh. Saya merayu kat nurse yang ambil call saya tu untuk bagi 1 slot kat saya.  Saya maklumkan 2 bulan saya dah tak terlepas. Dia kata dia cuba dan kalau dia tak call maka tak ada ruang dan saya kena call balik selepas raya. Sedih few hours saya. Tapi tetiba HP berbunyi dan panggilan adalah dari LPPKN. Gembiranya bila dimaklumkan saya dapat gak slot pada 28.4.17 (Jumaat) iaitu CD-3. Peringkat awal ni blh datang sorang lagi sebab nak bagi ubat dan penerangan proses nak gunakan ubat yang dibekalkan.

Tarikh. 28.4.17 (CD-3) tu tiba. Kali ni surprise lagi sebab Mr. Hubby luangkan masa teman saya ke LPPKN. Nak bagi support katanya. Siap dia amik Video masa nurse terangkan macam mana nak inject perut saya nanti. Seriau mengenangkan perut nak kena injection 3 kali ni… Tapi demi mu anak mama gagahkan jugak…  Mr. Hubby dah kata dia akan bantu buat injection tu nanti.

Dipendekkan cerita saya dibekalkan 3 jenis ubat. Ubat yang dibekalkan Ialah:-
1. Clomid 100ml;
( clomid ni saya kena ambil selama 2 biji sehari selama 5 hari bermula 28.4.17 (CD-3) hingga 2.5.17 (CD-7). Makan setiap jam 10 malam selepas dinner, pada masa yang sama. So kena buat alarm bagi pastikan tak terlepas masa. Masa no kena Fokus)

WhatsApp Image 2017-05-13 at 17.38.29

2. Gonal-f 75 iu;
(Ni kena inject kat perut, jarak dua jari dari pusat di sebelah kanan dan selepas itu kiri secara berselang seli. Selang sehari pada masa sama kena inject [setiap 48 jam]. 29.4.17 (CD-4) saya inject sebelah kanan, 1.5.17 (CD-6)  saya inject kiri dan 3.5.17 (CD-8) saya inject kanan. Yang ni saya inject 15 minit selepas makan clomid. So masa inject tu jam 1015 malam. Tugas injection ni Mr hubby yang buat. TQ Mr. Hubby).

This slideshow requires JavaScript.

3. Acid folic
(Kena ambil setiap hari masa yang sama sebelah pagi selepas breakfast. Saya ambil jam 10 pagi. Saya dibekalkan 40 biji pil)

WhatsApp Image 2017-05-13 at 17.44.35

Kos kesemua ubat yang dibekalkan adalah RM347.50.

Balik tu sebab dah agak lewat terus bungkus nasi Ayam/Daging Kunyit Sam berhampiran bangunan Public Bank Jalan Raja Laut dan hantar Mr. Hubby ke masjid di PJ untuk Solat Jumaat. Pesan kat hubby jangan lupa doa untuk segalanya dipermudahkan. Saya tunggu la Mr. Hubby dalam kereta sebab ketika itu hujan sangat lebat.

Selepas tu pada 5.5.17 (CD-10) saya kena datang semula untuk buat Transvaginal Ultrasound (TVU). Ni nak tengok telur-telur saya tu ada yang membesar atau tak. Sekurang2nya 2 telur yang besar perlu ada untuk meneruskan IUI ke atas saya. X-ray dimulakan untuk periksa rahim saya. Saluran tu tak lurus dan bengkok. Dr kata banyakkan berdoa agar berjaya IUI. Seterusnya Dr periksa disebelah kiri. Sangat sedih tak ada satu telur pun membesar. Hati dah sedih sangat.

Berdebar-debar rasanya apabila check sebelah kanan pula kali ni Dr. kata ada 3 biji telur membesar. Syukur sesangat. Tapi hanya 2 telur jer yang cukup besar untuk IUI. Sekurang2nya saya dapat yang minimum untuk proses IUI. Besar rahim yang diperlukan untuk telur yang berjaya disenyawakan melekat pun Dr. Kata ok. Alhamdulillah.

Sebelum balik saya dibekalkan dengan ubat untuk tanggalkan telur dari pemegangnya. Nama ubat tu “Pregnyl”. Cara ambil pun kena suntik juga seperti ambil Gonal-f. Ubat ni akan bertindak selepas 36 jam. So saya kena suntik ubat ni pada jam 8 malam 6.5.17 (Sabtu) – CD-11. Selain tu saya juga dibekalkan ubat Duphaston untuk kuatkan rahim. Ubat ni kena ambil 2 kali sehari pada masa yang sama selepas makan. Saya kena mula ambil ubat ni selepas suntikan pregnyl iaitu pada 7.5.17 (Ahad) -CD-12. So saya set untuk makan ubat ni setiap jam 9 pagi dan 9 malam. Ubat ni kena dihabiskan dan dibekalkan untuk 15 hari (30 biji).

This slideshow requires JavaScript.

Kos ubat dan ultrasound TVU kali ni adalah RM162.10.

Hari yang di tunggu adalah hari IUI dijalankan. Iaitu pada 8.5.17 (Isnin) – CD-13 . Sama tarikh hari jadi kakak saya. Dr. kata hari CD-13 ni merupakan hari yang paling ideal untuk buat IUI.

Berikut adalah senarai sebagai rujukan sebelum hadir untuk proses IUI seterusnya:
WhatsApp Image 2017-05-13 at 17.39.09

Kami diminta datang seawal jam 7.30 pagi kerana Mr. Hubby kena keluarkan air mani dan akan dibuat proses pengasingan yang mengambil masa 1 ke 2 jam. Hanya sperma yang terbaik dipilih untuk proses IUI ni. Pukul 8 pagi masa kesuburan saya dikatakan bermula. Saya dijangka ovulation pada masa ni. Memandangkan sebelum CD-13 tu adalah cuti hujung minggu, maka ultrasound ke atas saya hanya dibuat sekali sahaja. Masa ni tawakal jer semua berjalan baik. Sementara menunggu proses pengasingan sperma kami breakfast di Tingkat 2. Makan nasi lemak lagi tu.

Jam 9.45 pagi kami menunggu di Tingkat 7 untuk dipanggil bagi proses IUI. Dalam jam 10.10 pagi baru saya dipanggil masuk ke bilik IUI. Pagi tu ada 5 pasangan yang akan menjalankan proses yang sama dan saya orang yang pertama.  Kali ni Dr. yang akan menjalankan proses IUI ke atas kami ialah Dr. wanita iaitu Dr. Komathy.

Bilik IUI tu macam bilik ward yang ada banyak single bed dan hanya dipisahkan dengan ditutup dengan tirai. Bila Dr. bercakap dengan orang sebelah kita boleh dengar dengan jelas. Proses tu bermula dengan saya diarahkan untuk berbaring di hujung katil yang telah ditinggikan. So kedudukan kepala ke bawah. Masa buat IUI ni kita disarankan pakai Skirt or jubah. So, hari tu saya berjubah la… Dalam 10 minit juga tunggu Dr. Komathy sampai. Macam2 ayat dan zikir saya baca bagi menenangkan hati. Sebelum memasukkan sperma nurse tunjuk botol yang tertulis nama dan no. Kad pengenalan saya. Setelah sahkan semuanya betul proses IUI pun bermula. Tak sampai 5 minit pun proses tu dan tak menyakitkan. cuma ada rasa tak selesa jer bila peralatan IUI tu di pasang. Selepas dimasukkan sperma terpilih tu kita kena berbaring dalam keadaan punggung ditinggikan tu dalam lebih kurang 15 minit.

Selesai 15 minit nama saya dipanggil menandakan telah selesai proses ke atas saya. Sebelum balik nurse bagi tahu sebelah malam kena bersama lagi 3 hari berturut-turut bagi meninggikan lagi peluang kehamilan. Saya sempat bertanya berapa banyak sperma Mr. Hubby keluarkan. Nurse buat semakan dan bagitau ada 40 juta. Alhamdulillah sebab jumlah minimum yang diperlukan adalah 20 juta.

Sebelum pulang, kami menerima penerangan yang ada percanggahan sedikit, iaitu tentang masa untuk bersama.  Dr menyatakan waktu untuk bersama bermula keesokan harinya dan nurse pula kata malam tu dah kena start bersama. So mana satu betul saya pun tak tahu. So terpulang nak ikut mana dan selebihnya tawakal jer la.  Pandangan saya patutnya nurse dan Dr punya keterangan hendaklah selari agar tak buat kita confuse.

Then Nurse bagitau pada 30hb sekiranya saya tak period untuk datang semula ke LPPKN bagi pemeriksaan kehamilan.

Pada masa menaip ni saya telah berada pada hari ke_6 proses IUI yang saya jalankan dimana ianya berada pada CD-18. Nak tunggu 30.5.17 (Selasa) – CD-35 tu terasa macam terlalu lama. Macam-macam perubahan saya rasa. Badan jadi panas sampai banyak ulser tumbuh di mulut dan suhu badan meningkat 36 darjah ke atas.  Alhamdulillah saya tak demam sebab ada info dari blog yang saya baca beberapa kes mereka akan demam. dan pada hari ni perut di bawah pusat tu terasa menegang seperti perasaan nak period dan pinggang tersangatlah sakit.

Doaku agar ini cuma perasaan saya dan harap proses IUI yang saya jalani berjaya. Pada yang membaca coretan ni doakan yang sebaiknya untuk saya juga ya. Saya doakan yang senasib dengan saya juga dipermudahkan. Semoga kita sama-sama dikurniakan permata hati.

#menghitunghari