Perjalanan IUI Pertama SueNalda… Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ni tetiba Mr Hubby bagi idea untuk saya share pengalaman proses IUI yang sedang kami buat di blog kami. Sorry sebab lari sikit dari niat nak buka blog ni iaitu untuk share berkaitan dengan travel kami… hehehe.. Tapi memandangkan cerita ini juga boleh jadi rujukan bagi yang senasib so saya gagahkan diri untuk mengingat kembali proses-proses yang telah kami lalu. Maaf lah yer kalau ada step yang tertinggal sebab proses yang kami lalui ni dah bermula sejak bulan November 2016.

Saya berkahwin dengan Mr. Hubby pada bulan September 2015. Setahun selepas usia perkahwinan kami masih lagi tiada menampakkan hasil yang saya ni mengandung. Dalam hati dah risau sangat. Adik beradik semua dah ada zuriat masing-masing. Side Mr. Hubby pon semua ada anak. Ramai dah bertanya “Dah ada apa-apa dah ke?”. Sampai letih juga nak cakap BELUM ADA REZEKI 😣😷. Berurut, berbekam, bercaragem, makan ubat dan macam2 yang orang sarankan saya cuba walau kekadang tu Mr. Hubby tak setuju especially part berurut untuk menaikkan peranakan. Ada jugak yang kata awal lagi dan tak perlu risau… tapi mereka tak faham, usia saya dah nak menghampiri angka 4 tu yang buat saya sgt risau. Biasa la kahwin lewat dan kita perempuan ni sampai masa dah x productive lagi… Saya sangat berharap dalam perkahwinan saya dan Hubby akan ada suri hati kami.

Dipendekkan cerita saya nekad buat pemeriksaan. Lepas buat beberapa research, saya telefon Klinik Hamid Arshad… Mak aii… nak kena tunggu lama sebab ramai yang ke situ. Kalau saya nak juga 3 bulan lepas tu baru boleh nak mula. Biasa la klinik dah terkenal dan mereka yang senasib dengan saya ni ramai rupanya. So my 2nd alternative saya terus call Klinik Sub-Fetiliti di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut. Pilih yang tak berapa jauh dengan pejabat. So saya call dan mula buat appointment. Than maklum pada suami minta sangat dia dapat luangkan masa. Alhamdulillah Mr. Hubby sangat supportive dan ikut saya ke LPPKN buat pemeriksaan.

Lawatan pertama kami ke Klinik Sub-Fertiliti, LPPKN

Di LPPKN ni kita tak boleh pakai redah jer. Kena call dulu buat appointment. So, hari yang ditetapkan tiba. Awal-awal lagi saya dan Mr. Hubby dah sampai di LPPKN Jalan Raja Laut. Sampai jer terus ke kaunter di tingkat 6 dan diminta serahkan Sijil Kahwin dan kad pengenalan. Ni penting bagi pastikan pasangan yang membuat pemeriksaan adalah pasangan yang sah taraf perkahwinannya dan usia perkahwinan dah satu tahun atau lebih. Selepas serahkan semua dokumen, merekodkan berat dan tinggi, kami diminta untuk menunggu di ruang menunggu sehingga petugas di situ panggil kami untuk ditemuduga sementara Mr. Hubby kena bagi sample air maninya di Tingkat 7. Bagaimana keadaan di bilik khas utk keluarkan air mani tu saya pon tak tahu. Tapi Mr. Hubby kata ada katil, sofa, tv dan tandas. Bilik yang agak basic katanya. Setelah husband selesai mengeluarkan air mani Mr. Hubby turun semula ke tingkat 6 dan menunggu untuk ditemuduga. Kami ditemuduga secara berasingan. Soalan2 yang diajukan adalah berkaitan sejarah kitaran period, penyakit yang dihidapi, sejarah sexual life dan macam-macam jugak la.. husband juga turut ditemuduga. Apa yang kita cakap nurse catitkan dalam fail kita. Bila berdaftar ada dibukakan fail untuk kita. Peringkat awal ni hanya nurse jer yang berurusan dengan kita. Kita hanya jumpa Dr. setelah semua keputusan yang dikehendaki diperolehi dari kita.

Selesai kedua-dua kami ditemuduga, Saya dan Mr. Hubby dipanggil untuk dimaklumkan keputusan air mani suami. Kami diberitahu bahawa Mr Hubby mengalami kondisi “Teratozoospermia”. Ianya berlaku apabila sperma yang mempunyai rupa atau saiz yang tidak normal mempunyai jumlah yang lebih banyak daripada sperma yang normal. Ini juga menjadi faktor menganggu pergerakan lancar bagi sperma normal.

Alhamdulillah walaupun dikatakan ada masalah “Teratozoospermia” tapi benih suami masih ada lagi yang elok dan jumlahnya masih boleh untuk menyebabkan kehamilan…

Memandangkan pada masa saya ke LPPKN tu saya tak period so kami diminta datang semula untuk mengambil darah pada hari ke-2 hingga ke-5 period dan pada hari ke 10/11 period tu kena buat HSG dengan hospital swasta sebab LPPKN tak buat. Masalah LPPKN ni hujung minggu tak buka. Jadi andai kata ada cuti panjang bersambung dengan hujung minggu ada masalah sikit dan ada kalanya terpaksa tunggu circle berikutnya.

Kos pertama kali ni murah jer… tak sampai RM50.

Bila tiba masa period circle seterusnya pada hari pertama period lagi saya terus membuat appointment untuk mengambil darah saya dan Mr. Hubby. Proses ni sekejap jer dan lepas ambil darah terus balik sebab keputusan tak di perolehi pada hari yang sama.

Bagi pasangan yang menginginkan anak seperti kami boleh jer membuat proses pemeriksaan dengan pihak LPPKN ni setelah genap satu tahun usia perkahwinan. Buat cepat sebab proses yang nak dilalui agak banyak dan panjang. Bagi yang mempunyai circle period yang panjang lagilah lama masa yang perlu dilalui.  Macam saya circle period panjang sikit iaitu 32 ke 35 hari. Kebiasaan wanita normal 28 hari jer.

Lawatan ke Hospital Tawakal untuk pemeriksaan HSG.

Step seterusnyer adalah proses X-Ray (HSG). Untuk proses ni saya membuatnya di Hospital Tawakal Jalan Pahang seperti yang disarankan oleh pihak LPPKN sebab yang menjalankan pemeriksaan tu Dr. wanita. So x la malu sangat. Malas nak buat research saya terus jer ke situ.  Ada juga yang buat kat hospital lain. HSG adalah singkatan untuk perkataan “Hysterosalpingogram”. Tujuannya adalah untuk mengesan samada tiub fallopio kita sumbat atau tidak. Keputusan diperolehi pada hari yang sama HSG dilaksanakan. Alhamdulillah keputusannya kedua-dua tiub saya tak ada yang tersumbat, tiada apa-apa ketumbuhan cuma ada sedikit lekatan (adhesion). Hati sedih tapi doktor kata lekatan tu tak ada effect untuk kita yang nak mengandung. So lega lah hati.

Macam-macam Pengalaman mereka yang menjalani HSG ni saya dengar melalui pembacaan dan pengalaman mereka yang ada masalah seperti saya. Ada yang kata sakit dan ada yang kata tak sakit. Jadi semua tu adalah terpulang atas keadaan masing-masing individu. Seperkara lagi masa buat HSH ni jangan lupa bawa pantie liner sebab selepas prosedur tu ada cecair lebihan keluar lagi walaupun dah diminta berehat seketika dan ada juga sedikit darah yang akan keluar.

Kos HSG di Tawakal ni tak sampai RM300. Dua ratus lebih jer. Exact amount saya dah lupa…

Keputusan Pemeriksaan Kesuburan di LPPKN

Seterusnya pada hari ke-21 period sekali lagi saya ke LPPKN untuk mengambil darah. Masa ni kena bawa sekali keputusan HSG. Surat Doktor dan bukannya film X-Ray tu yer. Kali ni saya pergi sorang-sorang sebab hubby kerja swasta, so susah la dia nak cuti. Bagi saya yang penting Mr. Hubby boleh datang masa diperlukan saya dah bersyukur.  Kali ni keputusan pun tak dapat hari yang sama. Saya diminta datang bersama Mr. Hubby seminggu lepas tu untuk tahu keputusan dan mendengar cadangan dari Dr.

So, pada hari yang ditetapkan iaitu 17.01.17 saya dan suami pun ke LPPKN semula. Hati berdebar-debar nak dengar keputusan atas diri dan Mr. Hubby. Saya diminta jumpa dengan Dr. Abd Ghaffar. Baik doktornya dan penerangannya sangat clear. Beliau adalah Dr. yang akan memantau perjalanan pemeriksaan saya di LPPKN.

So keputusannya Dr. Ghaffar kata benih husband masih ada, itu yang penting dan suami x ada penyakit kelamin dan sebagainya. Part saya pula semuanya ok. Ditunjukkan keputusan X-ray yang ok dan tak ada saluran yang tersumbat . Tapi yang menyedihkan part ahir sekali. Dr. Kata telur saya masih ada, tapi didapati dari ujian darah sebelum ni period yang saya lalui tiada telur dilepaskan. Hanya keluar darah period tanpa telur. Itu lah puncanya saya tak mengandung. Sedih hati Tuhan jer tau. Rupanya selama ni saya sakit period tu dan telur saya tak lepas dari tangkainya.

So, Dr. Cadangkan saya buat IUI. Period pertama jer nanti kena call semula LPPKN untuk buat temujanji. Tapi period seterusnya saya tak call LPPKN sebab saya kena ke Italy atas urusan rasmi dan period pada bulan March 2017 pun saya terlepas sebab ada vacation dengan Mr. Hubby ke Ho Chi Minh City. Sebenarnya hubby kata cuba normal dulu 2 bulan sebab ada terbaca yang selepas HSG ada ramai juga pasangan mengandung. Tapi nampak gayanya kedua-dua circle hasil untuk saya adalah negative juga.🙁🙁😢

Cerita seterusnya mengenai proses IUI yang saya jalani rujuk pada next Entry saya iaitu Perjalanan IUI Pertama SueNalda… Part 2