Day 3 – Lawatan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Sedar tak sedar dah masuk hari ketiga berada di HCMC. Cepat jer masa berlalu. Hari ni pengembaraan kami di HCMC di teruskan menyelusuri sungai Mekong menggunakan khidmat Bismillah Tour and Travel dengan bayaran RM64 jer seorang. Boleh bayar guna RM yer. Kami ambil package ” Mekong Delta Discovery One Day Trip”.

Pakage ni menyediakan tour pakej berikut: Pengangkutan dengan bas aircond, makan tengahari di restoran halal, persembahan lagu tradisional Vietnam dan lagu-lagu klasik melayu, hidangan buah-buahan, honey tea dan sampling Royal Jelly, cruise boat Sungai Mekong + welcome drink air kelapa, bersampan di anak sungai, menaiki kereta kuda, singgah di kedai wholesale pakaian dan cenderamata, lawatan di Kilang tudung Nelofar, Bokitta, kain, jubah, telekung dan banyak lagi yang terletak di China Town. Oh ya, termasuk apa-apa bayaran masuk dan juga English/Malay speaking guide. Memang banyak dan berbaloikan package ni?

Perjalanan dijanjikan berlepas jam 8.00 am pulak berlepas pada jam 8.40 am. Bas yang disediakan siap dengan free Wi-Fi lagi. Perjalanan adalah dari Sai Gon – My Tho – Ben Tre : dengan jarak 70 KM menggunakan bas dan boat.

Pergerakan ke Mekong River ni mengambil masa 1 jam. Sebelum sampai kami dibawa singgah di kedai membeli souvenir. Harga barang di sini ada yang sangat murah dan ada yang tidak. T. Shirt souvenir Vietnam tu RM7 jer dan baju sukan U.A. kalau beli borong 10 helai boleh dapat RM15 sehelai. Selain itu ada dijual beg berjenama, kain dan macam-macam lagi.

Tiba di Mekong River tu kami menaiki boat dan disajikan dengan air kelapa. Kelapa dia sangat kecil tapi air di dalamnya agak banyak. Sungai ni sangat luas dan agak bergelombang (katanya sedalam 12 meter). Boat pula tidak menyediakan life jaket yang mencukupi. So dari segi keselamatan memang out. Tapi kami tawakal jer, dengan harapan semuanya akan selamat.

Di dalam boat tu nampak la perkampungan terapung para nelayan tempatan, beberapa buah pulau, di antaranya Unicorn Island, dan Ben Tre Village. Destinasi pertama kami adalah di “coconut candy workshop”. Di sini ditunjukkan cara pembuatan gula-gula kelapa pelbagai rasa. Rasanya lemak dan sangat sedap. Kami sudah pasti sukakan perisa durian. Harga pula 1 pack RM6. Beli 5 dapat la percuma 1 bungkus. Lain-lain snack harganya agak mahal. Rasanya di Malaysia kita boleh dapat jauh lebih murah.

Seterusnya kami menaiki kereta kuda. Satu kereta tu boleh bawa 6 orang penumpang. Kudanya pula jenis yang bertubuh kecil. Rasa kesian pulak melihat kuda tu nak bawa 6 orang penumpang. Tak naik agak jauh jugak nak ke pasar tempatan tu. Turun dari kereta kuda tu nak ambil gambar baru ternampak ada luka akibat tali ikat di perut kuda tu. Bertambah rasa kesian dan terus tak jadi ambil gambar.

Di pasar kecil ni ada masalah bahasa sebab mereka langsung tak faham English or Bahasa Melayu. So harap degan pemandu pelancong jer. Tapi tak ada apa pun yang menarik di sini kecuali buah-buahan yang agak fresh dan besar.

Di jeti berhampiran boat dah sedia menunggu untuk membawa kami ke “Bee Farm”. Di sini kami disajikan dengan air madu kelulut bersama biji bunga mata kucing dan royal jelly. Madu di sini sangat murah. Harga sebotol (500 ml) RM20. Beli 5 boleh dapat sebotol free. Madunya memang asli. So kami ambil 6 botol. Kesian Mr Hubby kena bawa 3 liter madu tu. Royal jelly pulak RM40 tapi kami tak beli. Dah balik rasa menyesal tak beli. Sebab dah cuba letak kat tangan yang digigit serangga memang nampak kesannya selepas 1 jam. Pas tu siapa nak bergambar dengan ular sawa batik boleh la bergambar. Saya memang tidak la, tapi Mr Hubby adalah jugak pegang-pegang ular tu.😣😣😣

Sebelum beredar, kami singgah di kedai cenderamata berdekatan dan membeli buai hammock untuk dibawa balik ke kampung di Kuching nanti. Harganya murah ada jenis net atau jenis kain (RM10-20). Aktiviti selanjutnya adalah bersampan menyelusuri anak sungai di celah pokok-pokok nipah. Bayaran Tip untuk seorang RM1 jer kepada tukang kayuh perahu. Tapi kami tak naik sampan tu sebab hari terlampau panas di samping kami membawa barang-barang belian yang agak berat.  Perahu yang disediakan pula tidak disediakan dengan pelampung keselamatan. Kat Sarawak dan pantai lain dah pernah naik sampan so tak ada yang menarik sangat buat kami.

Hanya kami yang menaiki boat ke destinasi seterusnya bersama pemandu pelancong menuju ke tempat makan buah-buahan tempatan sambil menunggu mereka yang naik sampan tadi sampai. Bila semua dah ada kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan dan dipersembahkan dengan nyanyian tempatan dan lagu-lagu klasik Malaysia. Antaranya lagu Saya Anak Kampung, Rasa Sayang, Madu dan Racun, dll.. sedap jugak nyanyian dengan pelat Vietnamnya. Semasa menyanyi tu setiap meja diletakkan bakul untuk memberi tip seikhlas hati kepada para penyanyi. Di luar ada lagi kedai-kedai souvenirs. Harga pun ok lah. Tapi kami tak beli apa-apa pun di sini sebab semua dah naik boat.

Perut dah mula lapar dan kami dibawa menikmati makan tengah hari di halal Restaurant di pulau Unicorn. Hidangan agak menarik. Ada ikan kari, udang goreng, sup ayam, sayur dan telur dadar. Siapa nak pekena kopi kena tambah bayar VND 25K / RM5. Di restaurant makan ni pokok dia sangat menarik. Macam gerbang dan dibuat dengan pokok asli. Di sini selesai makan boleh terus solat. Ada tempat solat disediakan.

IMG_2137

Selesai makan tengah hari kami pun menaiki boat semula untuk balik ke bas yang dah sedia menunggu. Dalam perjalanan balik tu kami dibawa singgah ke wholesale tudung selebriti terkenal Msia. Fikirkan Kilang betul, rupanya tempat gudang wholesale menjual pelbagai pakaian, kain dan tudung. Di sini harga barang memang murah dari di HCMC. Telekung lycra boleh dapat 5 pasang RM95. Tudung artis tu harga depend dengan pattern. Tapi harga di bawah RM20 sehelai kalau beli 5. Pelbagai kain cotton berharga RM28-30. Di sini saja kami menghabiskan masa 1 jam. 20 minit yang diberi tak mencukupi. Nasib la pemandu sabar menunggu. Mungkin dia dah biasa dengan gelagat orang Malaysia bershopping apa lagi jika group yang besar. Kat sini, makin bertambahlah lagi beban beg yang Mr Hubby kena angkut.

Sebenarnya kalau nak shopping pakaian, di sini dah mencukupi. Semua ada. Cuma tak tersusun seperti di Minh Collection.

This slideshow requires JavaScript.

Kami sampai di HCMC semula pada jam 6.30 petang. Hujan mulai turun dan semakin lebat menyebabkan kami singgah di kedai manicure & padicure. Mr . Hubby lak buat massage kaki. Sangat lambat service perempuan yang buat mani-padi saya tu dan mereka tak expert. Sampai luka la jari dibuatnya. Dah luka pun kena bayar full amount.😥😥😥

Sebelum balik kami singgah lagi di Minh Collection utk beli jubah dan tambah collection baju saya. Sempat juga beli baju kurung untuk Aleeya Nabila. Hope muat lah.

Sebelum balik di hotel kami makan lagi di Halal Amin Restaurant. Survey dari penumpang yang sama ke Mekong River pun bagi tau memang makanan di Halal Amin ni sedap dari kedai2 lain dan harga pon murah sedikit. Kat sini kami suka Nasi goreng Kampung dan Nasi Ayamnya. Sup dia pun memang sedap.

Selesai makan, suami membeli fridge magnet dan bag galas sebagai cenderahati di Night Market Ben Thanh dan Malaysia Street sebelum kami balik ke hotel menaiki teksi Vinasun. Tambang hanya VND 30K (RM6).

Sampai di hotel, mandi siap2 dan punggah keluar semua barang yang dibeli dan disusun di atas katil sebelum dilipat masuk ke dalam bag. Tuuu dia penuh satu katil. Nasib lah memang bawa satu bag kosong sebab memang intention nak shopping raya.

20170403_212253

Selesai packing masih ada lagi Dong yang berlebih untuk bayaran teksi dan membeli di airport. Sebenarnya kalau bayar guna VND lagi jimat. Kat sini tukaran mereka bahagikan dengan RM1 = VND 5K sedangkan exchange rate masa kami pergi tu adalah RM1 = VND 5102. So kalau beli banyak dapat lah juga save. SNB

Bersambung ke Hari Keempat di entry seterusnya.

Tips HCMC No 5:
Kalau nak jimat masa dan juga mendapat nilai untuk bershopping, jadikan Mekong River dan HCMC city tour sebagai aktiviti ‘full day’ anda apabila sampai ke HCMC. Ini adalah kerana semasa tour kita berpeluang melawat dua kedai wholesale yang harganya sangat berpatutan dan banyak pilihan plak tu.

Tips HCMC No 6:
Jika anda datang ke HCMC dan berhasrat untuk membeli bag pack yang berjenama North Face, Deuter (realcopy) dan lain-lain. Harganya amat murah mengikut kepada saiz dan kualiti). Kalau bershopping boleh jer terus simpan barang-barang yang dibeli ke dalam beg baru tu.