Lawatan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam – Day 1.

Kami mulakan dengan perkongsian pengalaman kami melawat ke Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam.

Kami ke sana pada 1 April 2017 (Sabtu) menaiki penerbangan Airasia. Booking dibuat melalui AirasiaGo seawal 2 bulan sebelum tarikh pelepasan. So, kami dah tempah awal-awal hotel. Sangat berbaloi untuk 2 orang kami hanya bayar RM1,200 bagi tiket penerbangan pergi-balik dan penginapan 4 hari 3 malam. Waahh.. memang sangat menjimatkan bila membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan melalui AirasiaGo. Ehh… mcm promote AirasiaGo lak. Hehehe. (TONY please take note!)

WhatsApp Image 2017-04-06 at 22.26.53

Ini merupakan kunjungan pertama kami ke HCMC. Maklumat mengenai HCMC hanya didapati melalui pembacaan di blog-blog dan info dari kengkawan. Rasa risau pun ada sebab rata-rata menyatakan tentang kekasaran peniaga di HCMC dan penipuan yang berlaku. Dalam hati mendoakan agar percutian kami dipermudahkan dan dijauhi dari segala yang tidak diingini.

WhatsApp Image 2017-04-06 at 21.54.43.jpeg

Sebaik sahaja tiba di Tan Son Nhat International Airport, kami terus membeli Data Sim Card Viettel (VND200,000) dan tiket airport taxi untuk ke hotel (VND190,000).

Berbalik semula pada percutian kami di HCMC, Pada hari pertama, sampai di airport je perkara pertama yang dicari adalah nak beli local Simcard + data. Tinjau punya tinjau rata-rata harga yang ditawarkan sama jer VND200k iaitu lebih kurang RM40 bagi 4G LTE data. Rupanya kalau beli di Malaysian Street boleh dapat dengan harga VND160K!

Selepas membeli data kami mengambil teksi dari airport dengan harga VND190k. Nak cari teksi Vinasun masih tak tahu lokasinya dimana. Jadi malas nak heret bag tu kami terus jer booking teksi airport untuk ke Aristo Hotel. Perjalanan lebih kurang 20 minit.

WhatsApp Image 2017-04-06 at 22.01.43

Sifir RM ke VND untuk rujukan semasa berbelanja (Apr 2017)

Sebaik sampai di hotel perlu charge bateri HP dulu. Then plan nak jalan kaki jer ke Ben Thanh market sambil nak cari Muslim ground tour package utk hari berikutnya. Malangnya hari hujan selebat-lebatnya menyebabkan kami basah dan end up nya kami terus berteduh di Coffee Factory sambil merasa kopi Vietnam yang dikatakan sangat sedap. Tapi saya sendiri order Chocolate ice blended jer sebab saya bukanya penggemar kopi. Memandangkan hujan tidak juga berhenti kami teruskan perjalanan ke Saigon Square. Sampai di sana nothing special. Sebab kasut dah basah singgah di kedai Croc. Baru perasan barangan import berjenama di HCMC ni memang mahal berbanding harga di Malaysia. So kami tak membeli apa- apa pun. Hari pertama masih tak nampak apa yang menarik di HCMC ni. Cakap kat hubby mcm tak nak datang lagi.

Jarak hotel kami ke Ben Thanh market yang menjadi tumpuan para pelancong sekitar 2 km jer. Tapi nak jalan kaki berpeluhlah jugak dibuatnya. So hari pertama kami lebih kepada relax di hotel jer malam tu.

Kat hotel lak kalau tak nak di ganggu siap2 letak kan tanda “Do Not Disturb” tu di luar pintu. Kalau tak selagi tak di buka pintu memang bertalu-talu lah pekerja dia ketuk pintu dan bunyikan doorbell. Yang hairannya just nak hantar 1 tin air Sprite yg kami pun tak ada buat pesanan😓😓😓.

Sampai di hotel malam tu kami buat lagi research apa nak buat untuk hari seterusnya. So kami memutuskan untuk hari ke-2 tu kami jalan-jalan di bandar HCMC jer sambil shopping apa yang patut dan cari ground tour package. Package yg ditawarkan di hotel kami menginap tu pulak tak ada yang halal so kena cari juga package halal.

Bersambung ke Hari Kedua di entry yang seterusnya.

Tips HCMC No 1:
Kalau nak mudah pergerakan tempahlah hotel di sekitar Ben Thanh Market tu. So nak ke mana-mana tak perlu nak naik teksi. Komunikasi memang menjadi masalah dengan pemandu teksi ni. Siap-siap simpan name card hotel untuk tunjuk pada pemandu bagi senang nak balik semula ke hotel.