Day 2 – Lawatan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Alhamdulillah pada hari ke dua ni cuaca baik. Seawal jam 7:30 pagi kami pergi bersarapan di restoran yang terletak di tingkat sembilan hotel.

Selepas breakfast buah-buahan, telur separuh masak dan wholemeal bread kami terus ke Malaysia Street dengan menaiki teksi Vinasun. Tambang VND34k jer. Sampai di Malaysia Street ni memang banyak kedai makanan Halal dan di kawasan ini memang di sana sini boleh jumpa orang Malaysia.

WhatsApp Image 2017-04-06 at 22.54.03

Terdapat beberapa buah Travel Agency di sini yang menawarkan Muslim tour package dengan harga yang sangat berpatutan. Kat Malaysia memang tak jumpa package semurah tu. Kami merancang melawat ke Mekong River dengan Bismillah Travel & Tour pada keesokkan harinya. Pergerakan dijangka berlepas pada 8 pagi dan patah balik pada jam 5 petang. Harga cuma RM64 seorang. Package ni termasuk transport, tempat2 tarikan dan aktiviti menarik serta lunch sekali. Kat Hotel pakage yang sama dalam RM200 ke atas seorang. So sesiapa yang last minute macam kami memang sesuai sangat ambil package ni.

Selesai beli package utk hari ketiga kami terus ke Ben Thanh Market untuk cari selipar memandangkan kasut dah basah. Harga tak la murah mana. Sandal yang biasa jer (cap brand copy) dah RM40/- atau mungkin kami tak jumpa tempat yang murah.

Kat Ben Thanh Market tu ada bermacam2 barangan imitation, makanan ringan, buah-buahan, kopi Vietnam dan lain-lain, tapi peniaganya sangat agresif, memaksa dan kasar. Ini yang membuat hati berasa hilang mood untuk bershopping. Sekadar tengok jer. Tapi gubahan bunga kat sini sangat awesome… cantik, segar, besar dan sangatlah murah. Rasa nak beli, tapi nak angkut bawa balik macamner?

This slideshow requires JavaScript.


Selesai di sana kami lunch di Malaysia Street. Di sini kami try Restaurant Kampung Melayu (milik Dato’ Helmy Jaafar dari Malaysia). Order air dan makanan. Rupanya dapur rosak mereka tak bagi tahu dan terus hidang air. Bila tanya baru bagi tahu dapur rosak. So kami habiskan minuman. Harga air di kedai ni VND39k untuk kopi susu tarik dan VND35k untuk Milo Dinasour.

20170402_093002

Memandangkan perut dah lapar kami bertukar ke kedai sebelah Halal Amin Restaurant. Kedai ni murah sikit. Air rata-rata VND20k termasuklah fresh coconut. Hubby order Nasi Ayam dan saya order Kuey Teow Goreng. Dari segi rasa nasi ayam dia dengan sup dan sos cili memang sedap, harga VND50k dan Kuey Teow yang tak sedap pula VND60k.

Selesai lunch kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe. Sambil tu lalu la di beberapa tempat yang nampak menarik dengan senibina tradisional Eropah juga yang moden. Kat situ ada beberapa Shopping Mall dan Parkson.


Disebabkan bateri handphone hubby dah nak kong (asyik ambik foto dan pakai Waze) kami singgah minum di Highlands Coffee utk charge bateri. Without waze susah nak jalan. Lepas minum dalam 45 min kami teruskan perjalanan di Hard Rock Cafe dan beli sehelai T. Shirt buat kenangan.

Seterusnya kami berjalan di tempat-tempat tarikan sekitar General Post Office dan balik ke hotel untuk berehat. Balik tu kami menaiki teksi Vinasun. Rupanya hotel kami menginap dekat jer dari tempat-tempat ni.

Lepas berehat di hotel lebih kurang satu jam kami keluar semula dengan misi nak cari tempat shopping baju raya. Kali ni kami jalan kaki jer dari hotel.

Cari punya cari kami jumpa satu kedai ni nama NIMH Collection. Terletak di luar Ben Thanh Market. Banyak pilihan baju kat sini dan harga nya setengah dari harga di Malaysia. Baju kurung cotton yang ada manik tu saya beli di Malaysia harga RM120 kat sini boleh dapat RM50 jer. So malas nak mencari kami membeli di sini jer. Tambahan pula sudah lewat. Cumanya kedai ni bila minta diskaun just bagi RM3 jer diskaun dia. Memang tak mo bagi lebih dari tu.

Cuba juga tengok kedai Rohani Collection tapi jurujual dia bila minta diskaun bagitau tak boleh tawar dengan kasar. So memang tidak la nak beli kat situ.

Malam tu beli barang hampir 7 kg. Nasib hubby ada utk bawakan😆😆😍.

So hari kedua sekitar di HCMC jer dan misi shopping raya tu tercapai lah… ada la 5 pasang baju beli untuk diri sendiri selain sepasang baju melayu untuk suami (hehehe) dan keluarga. SNB

Bersambung ke Hari Ketiga di entry seterusnya.

Tips HCMC No 2:
Bila naik teksi jangan duduk di hadapan dan elakkan mengeluarkan wallet di depan pemandu. Letakkan wang kecil di dalam poket seluar dan jangan keluarkan note besar.

Tips HCMC No 3:
Jangan beli air minuman yang tiada harga di tepi jalan… lagi mahal dari restaurant Halal Al Amin. Satu lagi depa yang jual barang2 kat kaki lima tak letak harga. Harga dia berubah-ubah. Ikut suka dia nak letak.

Tips HCMC No 4:
Kalau tetiba ada penjual yang nak hulurkan bantuan tu jangan la terima… pastu terus jer kena paksa beli barangan dia. Kalau ada yg jual kacang bagi rasa…. tak perlu la rasa kalau tak ada niat nak beli. Nanti dia kejar paksa kita beli. So apa2 pun hati-hati la. Dalam banyak tempat kami dah pergi HCMC ni rasa mcm tak selamat jer dari penipuan.